Saturday 11 May 2013

kuiz anjuran novelis Hanni Ramsul bekerjasama dengan Gomo FM dah ada pemenang pertama


Nampaknya kuiz anjuran novelis Hanni Ramsul bekerjasama dengan Gomo FM begitu mendapat sambutan ramai. Semasa Kubi bertugas tadi, soalan pertama telah pun disiarkan. Ramai jugak yg menjawab samaada di facebook atau pon di kotak rekuest. Tetapi syarat utama ialah mesti dijawab dikotak rekuest. Jadi semua jawapan di facebook terpaksa ditolak.

Untuk makluman semua, kuiz ini bukan saja menarik minat pendengar2 setia Gomo Fm saja, malah rakan penulis pon berminat utk menjawab. Antaranya ialah penulis Sharina Alissa yg popular dengan novel Tenggelamnya Pelangi Cinta dan Bukan Bisikan.

Akhirnya pemenang pertama utk soalan yg berbunyi "senaraikan novel yang telah dihasilkan oleh Hanni Ramsul?" telah pun berjaya dijawab dengan tepat oleh Rafina Mimi Abdullah, juga merupakan seorang penulis juga yg popular dengan novel Sayang Cikgu Ketat2.

Kepada yg tak menang jgn berputus asa kerana ada 9 buah novel percuma lagi menanti anda. Caranya mudah jer. Selalu2 la mendengarkan Gomo FM dan mana lah tau semasa anda sdg mendengar, ada satu soalan yg dibacakan oleh penyiar dan jika anda dapat mejawab dengan betol. Maka novel itu akan menjadi milik anda!!!

TOK GOMO ~ tahniah Mimi :)

No comments:

Post a Comment